Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian " hab"

JETP Dilancar, Sasar 83 Projek Pelaburan Bernilai RM167.4 Bilion Menjelang 2030

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.

PKFZ Catat Hasil RM108 Juta Walaupun 'Pengaktifan Semula' Capai 86 Peratus

PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.

Ledakan AI Buka Peluang Pertumbuhan PKS Pulau Pinang -- MSIA

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Perkembangan ledakan kecerdasan buatan (AI) turut membuka peluang besar bagi pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pulau Pinang, terutama bidang yang menyokong rantaian nilai semikonduktor, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

JETP Pemangkin Maju Johor 2030, Pastikan Manfaat Ekonomi Dinikmati Rakyat - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) bukan sekadar pelan pembangunan ekonomi, malah menjadi pemangkin utama kepada agenda Maju Johor 2030, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

MIGHT, UNIDO Lancar Program Bandar Mampan Di Selangor

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), melancarkan Program Bersepadu Bandar Mampan (SCIP) GEF-8 di Selangor.

IRDA, Kerajaan Bandar Taoyuan Taiwan Jalin Pakatan Memajukan Kolaborasi Industri

ISKANDAR PUTERI, June 16 (Bernama) -- Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) memeterai kerjasama strategik dengan Kerajaan Bandar Taoyuan di Taiwan untuk bersama-sama memajukan kolaborasi industri, memperkukuh pembangunan bakat dan meningkatkan daya saing ekonomi.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.