BERITA TERKINI   MCMC, Meta adakan mesyuarat esok berkaitan kes akaun WhatsApp disekat - Teo | MCMC sekat 101.66 juta panggilan 'spoof' dari Februari hingga Ogos lepas - Teo | Polis akan panggil bekas exco N. Sembilan bagi bantu siasatan berhubung kemelut pentadbiran dan institusi diraja negeri itu - KPN | AKPS hantar semula 436 kontena sisa elektronik (e-waste) ke destinasi asal menerusi Fasa 1 dan 2 - KSN | 

Terdapat 2218 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.

Sin-Kung Logistics, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong Meterai MoU Bagi Pacu Kesalinghubungan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Sin-Kung Logistics Bhd (SKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AAHK) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kesalinghubungan udara dan kargo.

REHDA Saran Kerangka Berpacu Data Bagi Seimbangkan Pasaran Perumahan

PETALING JAYA, 14 Julai (Bernama) -- Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyarankan rangka kerja yang lebih dinamik dan berteraskan data diwujudkan untuk membantu membina pasaran perumahan yang lebih seimbang dan inklusif.

Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Perluas Pasaran barangan Malaysia Ke Laos, Kemboja, Vietnam – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand membuka laluan lebih luas bagi barangan Malaysia untuk memasuki pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama Glyken-Ortho Group Pertingkat Penjagaan Kesihatan Melalui Teknologi Sarang Burung 

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Glyken Bio Products Sdn Bhd (Glyken) dan Ortho Group, Jepun memeterai kerjasama penyelidikan bernilai lebih RM4 juta untuk meneroka penggunaan ekstrak sarang burung milik Glyken dalam pembangunan perubatan terapeutik dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Penjagaan Kesihatan, Hartanah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor penjagaan kesihatan dan hartanah walaupun prestasi semalaman di Wall Street lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketidaktentuan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan di Selat Hormuz yang meningkatkan harga minyak mentah global, kata penganalisis.

Kerajaan Sasar Sistem Perlindungan Sosial Menyeluruh Hadapi Status Negara Tua - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan pembangunan sistem perlindungan sosial yang menyeluruh dalam jangka panjang sebagai antara langkah mempersiapkan Malaysia menghadapi status negara tua, menurut Kementerian Ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Mengukuh Selepas Harga Minyak Mentah Melonjak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) – Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh hari ini selepas ia menjejaki lonjakan harga dalam pasaran minyak mentah.

Program Biodiesel Negara Dijangka Guna 1.13 Juta Tan Minyak Sawit Menjelang Akhir 2026 - KPK

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Program Biodiesel Negara dijangka menggunakan kira-kira 1.13 juta tan minyak sawit menjelang akhir 2026, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

KTC Labur RM30 Juta Bina Kilang Gardenia Di Sarawak, Bakal Perkenal Produk Edisi Tempatan

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.

Milux Cadang Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam Movon Bernilai RM150 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Syarikat pengedar kelengkapan rumah, Milux Corporation Bhd telah bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Movon Sdn Bhd daripada Abletech Solutions Sdn Bhd (ASSB) dan Datuk Dr Lim Jee Gin pada nilai RM150 juta.