Terdapat 136 berita berdasarkan kata kunci carian " tahun kewangan"

Scanwolf Peroleh Projek Substruktur Bernilai RM75 Juta Di KL

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd (SCB) memperoleh kontrak berjumlah  RM75 juta bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan substruktur melibatkan projek pembangunan bercampur 74 tingkat di Jalan Pavilion, Kuala Lumpur.

Pemegang Saham Allianz Malaysia Lulus Semua Usul Pada AGM Ke-52

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemegang saham Allianz Malaysia Bhd meluluskan semua usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-52 kumpulan itu, bersempena ulang tahun ke-25 penubuhannya tahun ini.

Vantris Energy Catat Untung Bersih RM145.79 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Powerwell Dapat Kontrak RM158,81 Juta Berkaitan Pusat Data Di Johor

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor.