1bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pendekatan berhati-hati menjelang peristiwa penting di dalam dan luar negara seperti keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memulakan liputan terhadap Gas Malaysia Bhd (GMB) dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) sebanyak RM6.50.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan prestasi kukuh bagi suku kedua tahun kewangan 2026, dengan untung bersih meningkat 13.2 peratus kepada RM89.03 juta berbanding RM78.66 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disokong pertumbuhan hasil sewaan serta prestasi stabil aset hartanahnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Untung bersih Westports Holdings Bhd bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM360.90 juta daripada RM231.63 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pasaran serantau ketika prestasi pendapatan memberangsangkan syarikat teknologi turut mendorong kenaikan saham berkaitan sektor itu di peringkat tempatan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Di sebalik kebimbangan kemungkinan lonjakan harga minyak mentah Brent boleh menjejaskan pasaran global, beberapa indeks penting yang menerima manfaat daripada kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor, dilihat masih menarik aliran pelaburan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih United Plantations Bhd (United Plantations) bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026) menyusut kepada RM194.00 juta, berbanding RM249.38 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang kukuh, yang meningkatkan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.