BERITA TERKINI   SARA tawar lebih 140,000 pilihan produk keperluan termasuk makanan beku - Amir Hamzah | Rakan Niaga SARA berkembang kepada 14,068 kedai seluruh negara setakat 7 Ogos lepas - Amir Hamzah | SARA Untuk Semua Sabah manfaat 1.8 juta penerima libatkan perbelanjaan RM158.89 juta - Amir Hamzah | Sabah catat 815,689 penerima SARA Bulanan libatkan RM501.23 juta setakat 7 Ogos - Amir Hamzah | Sebuah helikopter meletup di kawasan hangar penyelenggaraan (MRO) Lapangan Terbang Subang - JPBM Selangor | 

Terdapat 462 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

BNM Rancang Tubuh Rangka Kerja Tadbir Urus Untuk Pastikan MediAsas Kekal Mampan Dan Mampu Milik

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.

BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Pacific Insurance, Wang S Enterprise

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP), masing-masing kepada The Pacific Insurance Bhd (TPIB) berikutan ketidakpatuhan berhubung Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Wang S Enterprise Sdn Bhd yang tidak mematuhi Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Eppendorf Pindah Sebahagian Pengeluaran Ke P. Pinang, Fokus Pasaran Global

GEORGE TOWN, 29 Julai (Bernama) -- Firma sains hayat Jerman, Eppendorf akan memindahkan sebahagian pengeluaran instrumen makmal terpilih daripada kemudahan sedia ada ke tapak pembuatan baharunya di Pulau Pinang.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia diniagakan tinggi sedikit pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih dalam saham berwajaran tinggi meskipun prestasi kebanyakan pasaran serantau kekal lemah.

CAAM Pertingkat Persiapan Menjelang Kembalinya F1 Ke Sepang

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyeru semua pihak berkepentingan berkaitan termasuk operator lapangan terbang, syarikat penerbangan, operator pengendalian darat serta agensi kerajaan berkaitan supaya bekerjasama erat bagi memastikan pengurusan acara Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain yang akan kembali beraksi di Malaysia berjalan lancar.

Megah Port Lancar Perkhidmatan Marin Dengan Kapal Tunda Bernilai RM23 Juta

LABUAN, 29 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) hari ini secara rasminya memulakan perkhidmatan marinnya di Pelabuhan Labuan, disokong oleh pengambilalihan empat kapal tunda bernilai RM23 juta.

Kerajaan Peroleh RM5 Bilion Susulan Langkah Kawalan Perbelanjaan - Liew

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperoleh hampir RM5 bilion jumlah sekatan sehingga 14 Julai 2026 susulan pelaksanaan langkah kawalan perbelanjaan dalam tempoh separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

KDNK Nominal Malaysia Capai RM2.03 Trilion Pada 2025, Pampasan Pekerja Sumbang 33.9 Peratus - DOSM

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia meningkat 4.8 peratus kepada RM2.03 trilion pada 2025, dengan Pampasan Pekerja (PP) menyumbang sebanyak 33.9 peratus daripada KDNK berbanding 33.6 peratus pada 2024.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Terus Kukuh Walaupun Saham Teknologi Global Susut

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dan menunjukkan daya tahan walaupun pasaran saham teknologi global mengalami penyusutan yang ketara dalam keadaan prestasi di Wall Street yang bercampur-campur

SIA Group Catat Rugi Bersih S$76 Juta Walaupun Raih Hasil Tertinggi

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 28 Julai (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) Group mencatat kerugian bersih S$76 juta (S$1=RM3.16) pada suku pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 berbanding keuntungan bersih S$186 juta dalam tempoh sama pada 2025.

Tiada Mekanisme Kawalan Harga Khidmat Pengecas EV, Galak Pelaburan Sektor Swasta - MITI

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Zufazlin Baharuddin and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) serta pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS.