1bulan ago
JOHOR BAHRU, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti kemungkinan pelaksanaan projek rintis yang spesifik dalam mendepani cabaran peralihan struktur demografi menua untuk diketengahkan pada tahun hadapan.
1bulan ago
KUANTAN, 1 Ogos (Bernama) -- Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengagihkan dividen modal syer sebanyak 60 peratus berjumlah lebih RM35 juta kepada 1,469 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur terus mengumpul pegangan saham mewah sejajar dengan prestasi lebih kukuh di kebanyakan pasaran serantau.
1bulan ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu berkembang 5.7 peratus kepada hampir RM690 bilion pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, disokong oleh minat belian berterusan berikutan ketegangan geopolitik terbaharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain Gulf Air (GP Bahrain) di Malaysia, selaku tuan rumah, berpotensi menjadi pemangkin utama ekonomi dengan merangsang pelbagai sektor melalui perbelanjaan lebih tinggi oleh pengunjung domestik dan antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disokong kelemahan dolar AS selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan MediAsas, produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) asas Malaysia, kekal mampu milik dan mampan dalam jangka panjang dalam persekitaran peningkatan kos penjagaan kesihatan.