BERITA TERKINI   LTdL 2026: Pelumba XDS Astana Team Matteo Malucelli menang peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar | Aichi-Nagoya 2026: Ng Eain Yow raih emas kelima negara menerusi acara skuasy perseorangan lelaki | MCMC, Meta adakan mesyuarat esok berkaitan kes akaun WhatsApp disekat - Teo | MCMC sekat 101.66 juta panggilan 'spoof' dari Februari hingga Ogos lepas - Teo | Polis akan panggil bekas exco N. Sembilan bagi bantu siasatan berhubung kemelut pentadbiran dan institusi diraja negeri itu - KPN | 

Terdapat 1884 berita berdasarkan kata kunci carian " pr"

Syarikat Penerbangan Di Asia Pasifik Catat Untung Bersih US$12.1 Bilion Pada 2025 - AAPA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

RUU Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 Perkukuh Simpanan Antara Generasi Negara - MOF

PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam memperkukuh KWAN sebagai simpanan antara generasi negara bagi memastikan rizab kewangan berkekalan untuk generasi kini dan masa depan. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

KWAN Perlu Gambarkan Seluruh Kekayaan Sumber Asli Malaysia - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang diluluskan di Parlimen hari ini, menekankan komitmen Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

AirBorneo Umum Pelarasan Sementara Kepada Frekuensi Penerbangan Terpilih

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- AirBorneo Airways Sdn Bhd hari ini mengumumkan pelarasan sementara kepada kekerapan penerbangan ke atas sebilangan kecil laluan terpilih merentasi rangkaiannya, berkuat kuasa 6 Julai hingga 24 Okt, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehpercayaan armada serta mengukuhkan prestasi jadual.

Stok Petroleum : Malaysia Perlu Laksanakan Pendekatan Fiskal Berhemat, Berperingkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Hasrat Malaysia mewujudkan stok simpanan petroleum negara perlu berlandaskan pendekatan fiskal berhemat dan dilaksanakan secara berperingkat, kata ahli ekonomi.

Malaysia Pelabur Asing Kelima Terbesar Di Indonesia Pada Suku Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Malaysia merupakan sumber pelaburan asing kelima terbesar di Indonesia pada suku kedua 2026, dengan menyumbang US$700 juta (US$1 = RM4.065), manakala keseluruhan pelaburan direalisasi Indonesia berjumlah Rp511.8 trilion (Rp1 juta = RM225).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Pembelian Menyeluruh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.

Padini Umum SPRM Batalkan Perintah Beku Akaun Bank

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Padini Holdings Bhd (Padini) hari ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat dilaksanakan sebelum ini yang menjadi sebahagian daripada prosedur siasatan.

Perbelanjaan Pengguna Singapura Di Johor Bahru Dijangka Naik S$1.05 Bilion Setahun, Selepas RTS Link Beroperasi 

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 16 Julai (Bernama) -- Kajian mendapati perbelanjaan pengguna dalam kalangan rakyat Singapura di Johor Bahru diunjurkan meningkat sebanyak S$1.05 bilion (S$1=RM3.15) setahun susulan pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Dewan Rakyat Lulus RUU Statistik 2026, Wujudkan Kerangka Perundangan Lebih Moden Dan Komprehensif

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang bertujuan antaranya menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih moden, komprehensif serta selaras dengan ekosistem data dan statistik semasa.