BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 709 berita berdasarkan kata kunci carian "pelabur"

IMF Ramal Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2 Peratus Pada 2026, 4.7 Peratus Pada 2027

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perbadanan Labuan Lantik Jeffrey Lim Sebagai CEO Invest Labuan

LABUAN, 15 Okt (Bernama) -- Perbadanan Labuan (PL) melantik usahawan Jeffrey Lim Tau Hoong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Labuan Sdn Bhd (ILSB), iaitu anak syarikat pelaburan milik sepenuhnya PL berkuat kuasa hari ini.

WAWASANITA Sasar Perdagangan Dua Hala Bernilai RM15 Juta Dengan 15 Negara

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) menyasarkan perdagangan dua hala bernilai RM15 juta dengan 15 buah negara dalam tempoh enam bulan sebagai langkah menterjemahkan hubungan diplomatik kepada peluang perniagaan rentas sempadan bagi ahli-ahlinya.

Permintaan CRESS Kekal Kukuh Meskipun Caj Akses Sistem Disemak Semula – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Permintaan terhadap tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dijangka kekal berdaya tahan meskipun caj akses sistem (SAC) disemak semula.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.7 Peratus Pada Suku Ketiga - TA Securities

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.7 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh penggunaan domestik, pelaburan dan aktiviti pembuatan, kata Ketua Ahli Ekonomi TA Securities Shazma Juliana Abu Bakar.

Selangor Perlu Perkukuh Kemahiran Tempatan Untuk Kekalkan Pelabur Asing -- Amirudin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Selangor perlu mempergiat pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan dan meningkatkan nilai tambahnya bagi memastikan pelabur asing terus kekal dan tidak menjadikan negeri itu sekadar pintu masuk untuk melabur di tempat lain.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut, susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih serta dipengaruhi oleh penurunan di pasaran serantau dan Wall Street.

Malaysia-Indonesia Meterai Dua Perjanjian Perniagaan Bernilai Lebih US$234,000

JOHOR BAHRU, 15 Okt (Bernama) -- Dua perjanjian perdagangan dan kerjasama perniagaan bernilai keseluruhan lebih US$234,000 (kira-kira RM984,000) dimeterai antara pihak perniagaan Malaysia dan Indonesia bagi membuka peluang pasaran serta pelaburan baharu di kedua-dua negara.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran Awal KDNK Malaysia Suku Ketiga

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS yang semakin menyusut pada Khamis berikutan pelabur menilai keadaan pasaran menjelang pengumuman anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 esok.

Worldwide Holdings Sasar FID Projek Loji Tenaga Nuklear Menjelang 2031

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Konglomerat milik kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd sedang membuat persiapan membangunkan loji tenaga nuklear pertama Malaysia, dengan menyasarkan untuk bersedia membuat keputusan pelaburan muktamad (FID) menjelang 2031.

Nexgram Lantik Pemegang Saham Utama Henry Cheang Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Nexgram Holdings Bhd mengumumkan Henry Cheang Soon Siang sebagai pemegang saham utama selepas mengambil alih 55.97 juta saham biasa, menjadikan jumlah pegangannya sebanyak 65.97 juta saham, mewakili 6.75 peratus daripada keseluruhan saham mengundi terbitan syarikat itu.

Kebergantungan Global Terhadap Import Tenaga Dijangka Memuncak Menjelang 2034

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kebergantungan global terhadap tenaga import diunjur mencapai kemuncak menjelang 2034, apabila kebimbangan mengenai keselamatan tenaga memacu peralihan ke arah elektrifikasi, di tengah-tengah peningkatan gangguan terhadap bekalan bahan api global.