Terdapat 128 berita berdasarkan kata kunci carian " program"

Cabaran Temu Kemudahan: Pengalaman Warga Malaysia Menelusuri Ekonomi Digital Guiyang

Daripada Abdul Hamid A Rahman

GUIYANG (China), 30 Ogos (Bernama) -- Pengalaman selaku wartawan Malaysia yang ditugaskan membuat liputan mengenai ekonomi digital Guiyang ketika bulan kemerdekaan negara, mendedahkan bahawa iktibar pertama mengenai kehidupan di salah sebuah bandar teknologi di China ini bukannya di dalam makmal kecerdasan buatan (A), pusat data mahupun kenderaan autonomi.

Akses, Pendedahan Kunci Cungkil Bakat Sukan Permotoran Asia -- Jurutera

Daripada Siti Radziah Hamzah

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia tidak kekurangan bakat dan berkemahiran teknikal bagi dunia Formula Satu (F1) serta industri permotoran ini secara amnya, namun kekangan akses dan laluan kerjaya tidak jelas terus menjadi penghalang utama bagi profesional yang berminat di rantau ini.

Halal : HDC Bawa 15 Pengeksport Sertai Fi South America, Eksport Ke Brazil RM860.45 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menerajui delegasi sebanyak 15 pengeksport dengan pensijilan halal Malaysia ke Fi South America 2026 di Sao Paulo ketika eksport halal Malaysia ke Brazil mencecah RM860.45 juta pada 2025 berbanding RM510.82 juta pada 2023.

IOI Corp Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.68 Bilion Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd (IOI Corp) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM1.68 bilion daripada RM1.52 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disokong oleh keuntungan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber dan perladangan. 

Status BioNexus Yang Dipertingkatkan Perkukuh Ekosistem Bioteknologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangka kerja Status BioNexus yang dipertingkatkan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform kepada syarikat bioteknologi yang sedang berkembang dengan meluaskan sokongan dan bertindak balas terhadap keperluan industri yang semakin berkembang.

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.

Usaha Sama LSH Infra-Pertama Makmur Raih Projek Lebuhraya Bertingkat BSE

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.

PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.