19hari ago
AMPANG, 22 Ogos (Bernama) -- Industri perkayuan Malaysia perlu beralih daripada pengeluaran berasaskan jumlah kepada penghasilan produk bernilai tinggi bagi meningkatkan daya saing serta membina jenama Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
20hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka berada dalam julat 1,725 hingga 1,750 mata, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) menggesa Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada hasil yang boleh diukur, bukan sekadar pemberian, pembiayaan dan insentif, dengan kejayaan dinilai semata-mata melalui produktiviti, pelaburan, pertumbuhan dan daya saing.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh Januari-Julai 2026, melonjak 24.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh permintaan eksport yang kukuh, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Allianz Malaysia Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM218.65 juta daripada RM214.04 juta pada suku yang sama tahun lepas.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.
20hari ago
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan cip buatan tempatan hasil kerjasama dengan Arm Limited memasuki peringkat pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor negara menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mewartakan sembilan produk bahan binaan tambahan melibatkan 22 standard di bawah Jadual Keempat, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).