20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman dalam persekitaran geopolitik yang tidak menentu.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dan kemudiannya menyusut apabila pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan di pasaran global, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).
20hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih lemah di tengah-tengah konflik di Asia Barat yang semakin reda.
20hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan mencatat peningkatan kecil pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saat-saat akhir ke atas saham bermodal besar terpilih di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur walaupun dalam situasi ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk memuktamadkan pengambilalihan baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) menjelang akhir suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai Perjanjian Pelaksanaan (IA) dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) untuk membeli baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas) pada harga RM4.83 bilion.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, namun menurun kemudiannya berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam persekitaran aktiviti pengambilan untung secara berselang-seli.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, iaitu WCT Land Sdn Bhd (WCTL) mengambil alih baki 30 peratus kepentingan ekuiti dalam Jelas Puri Sdn Bhd (Jelas Puri) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM140 juta.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Eastern & Oriental Bhd (E&O) dan Majestic Gen Group memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, bernilai RM189.90 juta daripada Twelve Kiapeng Sdn Bhd.