2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menghubungkan 25 syarikat pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dengan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) dan TNB Renewables Sdn Bhd untuk meneroka peluang dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB).
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki penurunan niaga hadapan getah serantau apabila jangkaan peningkatan bekalan bahan mentah dari Thailand susulan musim kemuncak pengeluaran negara itu menjejaskan sentimen.
2hari ago
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lepas iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperluas skop potongan cukai bagi menggalakkan penawaran produk insurans penjagaan jangka panjang, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang menjaga warga emas.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan nilai pelaburan kalangan pelabur modal teroka mencecah sekitar RM700 juta selain pertambahan kira-kira 2,000 hingga 3,500 syarikat pemula aktif menjelang 2030 menerusi pelaksanaan inisiatif KL20.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peralihan demografi dijangka memacu permintaan farmaseutikal yang lebih tinggi memandangkan Malaysia diunjurkan menjadi negara menua menjelang 2036 dipacu oleh jangka hayat yang lebih tinggi dan kadar kelahiran yang kian menurun, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur di Malaysia perlu dinilai berdasarkan kualiti pekerjaan yang diwujudkan serta cara mereka melayan pekerja, khususnya wanita, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) menggantung sementara tiga unit dana di bawah pengurusannya, iaitu AmanahRaya Syariah Trust Fund (ARSTF), AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) dan AmanahRaya Unit Trust Fund (ARUTF), berkuat kuasa semalam.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Battersea Power Station Development Company memperoleh kemudahan pembiayaan semula bernilai £280 juta (£1=RM5.41) bagi menyokong pembangunan berterusan baki 6.47 hektar daripada kawasan kejiranan tebing sungai seluas 17 hektar itu.