BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di Johor dibuka secara berfasa bermula esok, fasa pertama libatkan murid duduki peperiksaan- Exco | 

Terdapat 658 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan faktor luaran, termasuk jangkaan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang ketat, mengimbangi sokongan daripada dolar AS yang lemah.

19 Projek Pelaburan Domestik Bernilai RM279.1 Juta Diluluskan Di Segamat

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 19 projek pelaburan domestik bernilai RM279.1 juta diluluskan di Daerah Segamat, Johor, meliputi kawasan Buluh Kasap, Chaah, Jementah, Bandar Segamat dan Labis.

Sejumlah 13,743 Tan Metrik Buangan Bateri Dihasilkan Dari 2021 Hingga 2025

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13,743.15 tan metrik buangan bateri di bawah kod buangan terjadual SW103 dihasilkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025, menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Malaysia Perlu Luaskan Asas Cukai, Tingkatkan Penyasaran Subsidi Hadapi Kejutan Ekonomi – IMF

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu meneruskan konsolidasi fiskal, meluaskan asas cukai dan menambah baik penyasaran subsidi bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negara terhadap kejutan ekonomi pada masa depan, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Malaysia Giat Usaha Capai Sasaran Perdagangan US$30 Bilion Dengan Thailand - Amir Hamzah

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 bilion dengan Thailand menjelang 2027, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Projek Kampus KWAP RM750 Juta Dirancang Sebagai Pelaburan Komersial Berjangka Panjang

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM750 juta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di bawah Belanjawan 2027 mewakili pelaburan komersial yang dirancang untuk Projek Vista Kampus merentasi enam universiti terpilih, dengan tujuan menjana pulangan jangka panjang yang mampan kepada dana persaraan itu.

IMF Ramal Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2 Peratus Pada 2026, 4.7 Peratus Pada 2027

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perbadanan Labuan Lantik Jeffrey Lim Sebagai CEO Invest Labuan

LABUAN, 15 Okt (Bernama) -- Perbadanan Labuan (PL) melantik usahawan Jeffrey Lim Tau Hoong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Labuan Sdn Bhd (ILSB), iaitu anak syarikat pelaburan milik sepenuhnya PL berkuat kuasa hari ini.

WAWASANITA Sasar Perdagangan Dua Hala Bernilai RM15 Juta Dengan 15 Negara

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) menyasarkan perdagangan dua hala bernilai RM15 juta dengan 15 buah negara dalam tempoh enam bulan sebagai langkah menterjemahkan hubungan diplomatik kepada peluang perniagaan rentas sempadan bagi ahli-ahlinya.

Permintaan CRESS Kekal Kukuh Meskipun Caj Akses Sistem Disemak Semula – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Permintaan terhadap tenaga boleh baharu (TBB) di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dijangka kekal berdaya tahan meskipun caj akses sistem (SAC) disemak semula.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4.7 Peratus Pada Suku Ketiga - TA Securities

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.7 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh penggunaan domestik, pelaburan dan aktiviti pembuatan, kata Ketua Ahli Ekonomi TA Securities Shazma Juliana Abu Bakar.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada Khamis, mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut, susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih serta dipengaruhi oleh penurunan di pasaran serantau dan Wall Street.