Terdapat 105 berita berdasarkan kata kunci carian "sabah"

Sabah Laksanakan Kedaulatan Penuh Ke Atas Projek Karbon, Hasil Negeri -- Arthur

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan kedaulatan penuhnya ke atas pembangunan projek-projek karbon serta kutipan hasil negeri itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Sabah Tidak Tergesa-gesa Laksanakan Projek Pasaran Karbon - Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak akan membenarkan projek pasaran karbon yang tidak disemak dengan teliti untuk dipasarkan secara tergesa-gesa atau didagangkan berdasarkan spekulasi, walaupun terdapat peluang yang besar dalam sektor itu.

Malaysia Tetapkan Langkah Perlindungan Eksport Karbon Demi Melindungi Komitmen NDC

KOTA KINABALU, 24 Sept  (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

MBSM IB Kekalkan Sasaran Harga MSM Pada RM4,400 Bagi 2026 Di Sebalik Ancaman El Nino

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan bagi 2026, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang semakin terhad susulan peningkatan mendadak titik panas di seluruh rantau ini.

Sabah Kekal Pengeluar MSM Kedua Terbesar Negara - Noraini

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar pada tahun lalu dengan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluaran di Malaysia.

44.5 Hektar Tanaman Tembakau Di Ranau Jana Pendapatan Hampir RM2 Juta Setahun -- Noraini

RANAU, 23 Sept (Bernama) -- Tanaman tembakau bagi produk tembakau hiris dan cerut yang diusahakan oleh 118 pekebun tempatan di kawasan seluas kira-kira 44.5 hektar di sini, dapat menjana pendapatan mencecah hampir RM2 juta setahun.

YTL AI Labs, Nvidia Lancar Set Data Terbuka Cerminkan Kepelbagaian Penduduk Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- YTL AI Labs Sdn Bhd, cabang penyelesaian kecerdasan buatan (AI) YTL Power International Bhd di bawah YTL Group, hari ini melancarkan Nemotron-Personas-Malaysia, set data terbuka yang dibangunkan bersama NVIDIA bagi mencerminkan kepelbagaian penduduk Malaysia melalui 1.35 juta profil sintetik.

PEMUDAH Teliti Langkah Percepat Bayaran, Perkukuh Akses Pembiayaan PMKS

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah mempercepat pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta memperkukuh akses pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk menerusi pembiayaan berasaskan kontrak dan invois.

U Mobile, ZTE Lengkapkan Bukti Konsep Tapak Rangkaian 5G Berkuasa Tenaga Hijau Luar Grid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- U Mobile dan ZTE Corporation melengkapkan bukti konsep (POC) bagi tapak rangkaian 5G mudah alih yang beroperasi sepenuhnya di luar grid dan dijana 100 peratus oleh tenaga hijau.

Tiada Perbincangan “Bailout” Kerajaan Untuk AirAsia - tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenai “bailout” atau bantuan penyelamatan kewangan dan yakin terhadap kedudukan mudah tunai serta kemampanan perniagaannya, kata Pengasas Bersama dan Penasihat AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes.

Sabah Catat Peningkatan 25.5 Peratus Ketibaan Pelancong China

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Bekalan Gas Sabah Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Menjelang 2030 - Hajiji

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.