Terdapat 245 berita berdasarkan kata kunci carian "bank "

Ringgit Dijangka Diniagakan Agak Positif Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan agak positif berbanding dolar AS minggu depan menjelang pengumuman data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberikan petunjuk seterusnya mengenai prospek dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed).

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan trend menurun minggu hadapan, berikutan pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang penting.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) --  Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, namun hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada awal Disember.

Unjuran Pertumbuhan Eksport Malaysia Pada 2026 Naik 40 Peratus - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia bagi tahun 2026 kepada 40 peratus daripada 35 peratus, disokong oleh pertumbuhan kukuh setakat tahun ini (YTD) sebanyak 37.1 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Akhir Minggu Susulan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup rendah berikutan tekanan jualan berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi, khususnya kaunter berkaitan pusat data.

BNM Dan Bank Pusat Filipina Perkukuh Hubungan Dalam Pembangunan Sektor Kewangan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang mewujudkan rangka kerja kerjasama dalam pembangunan perbankan pusat dan sektor kewangan.

RAM Ratings Naikkan Penarafan Entiti RHB Bank Kepada AAA

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd telah menaik taraf penarafan institusi kewangan RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Investment Bank Bhd kepada AAA/Stabil/P1 daripada AA1/Positif/P1.

MBSB IB Kekal Saranan Positif Terhadap YTL Corp Susulan Pendedahan Kepada Pusat Data, AI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) terus memilih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) kerana pendedahannya kepada ekosistem pusat data dan kecerdasan buatan (AI) yang sedang berkembang menerusi YTL Power International Bhd (YTL Power), selain pelbagai perniagaan infrastruktur serta bahan binaan.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$132.1 Bilion Setakat 13 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, berbanding US$132.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Okt 2026.

Kewangan Islam Pada Kedudukan Baik, Sokong Keperluan Pelaburan ASEAN Yang Meningkat – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan pelaburan rantau ini yang semakin meningkat dalam peralihan tenaga, daya tahan iklim dan pembangunan infrastruktur mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Jualan Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.

Maybank Laksana urus Niaga Pertama MGS Dalam Bentuk Token Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Maybank berjaya menyelesaikan urus niaga tokenisasi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang pertama di negara ini menerusi program perintis bersama cabang insuransnya Etiqa Life Insurance Bhd.