BERITA TERKINI   Malaysia hargai peranan Jordan dalam melindungi kota suci Baitulmuqaddis, sokongan kepada rakyat Palestin - Sultan Ibrahim | Sultan Ibrahim zahir keyakinan hubungan Malaysia-Jordan akan terus diperkukuh dalam pelbagai bidang | Sistem, perkhidmatan utama Tabung Haji kembali beroperasi selepas tindakan pemulihan susulan serangan siber - TH | Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera di dada dan perut selepas terlibat kemalangan di Kuala Lipis - Polis | Pemimpin perlu bertindak tangani cabaran alam sekitar sebelum konsensus penuh dicapai, terima kos jangka pendek demi manfaat jangka panjang - Sultan Nazrin | 

Terdapat 325 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan"

Belanjawan 2027: Lima Juta Pembayar Cukai Dijangka Raih Penjimatan Hingga RM1,600 Setahun - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai pendapatan individu dalam Belanjawan 2027 berpotensi memberikan penjimatan bayaran cukai tahunan sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar sekali gus menyokong perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Pemain Industri Puji Langkah Berani Belanjawan 2027 Bagi Memacu Digital, AI

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Industri digital Malaysia menyambut baik Belanjawan 2027 sebagai satu langkah penting bagi mempercepatkan transformasi digital dan aspirasi kecerdasan buatan (AI) negara, sambil memuji tumpuan komprehensif terhadap ekonomi digital, infrastruktur, rakyat dan kerajaan. 

Belanjawan 2027 Tangani Tekanan Kos Sara Hidup Isi Rumah Di Bandar - SEAFIC

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menangani tekanan yang dihadapi isi rumah di bandar termasuk golongan berpendapatan sederhana yang semakin terkesan selain golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa langkah, menurut Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC).

Belanjawan 2027: Langkah Cukai Bantu M40, Rangsang Pelaburan - PwC Malaysia

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai individu dalam Belanjawan 2027 dijangka membantu meringankan tekanan kewangan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) manakala insentif bersasar untuk perniagaan dan pelabur berpotensi menyokong pertumbuhan pelaburan, menurut PwC Malaysia.

Pengecualian Kenaikan Gaji Minimum Beri Ruang Kepada PMKS Tingkat Operasi, Produktiviti - MEF

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan pengecualian kenaikan gaji minimum bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai jualan tahunan di bawah RM50 juta akan memberikan ruang yang diperlukan mereka untuk memperkukuh operasi serta meningkatkan produktiviti. 

Malaysia Sekali Lagi Muncul Pelabur Asing Terbesar Di Banten Indonesia, Labur RM9.81 Bilion

JAKARTA, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia sekali lagi muncul sebagai pelabur asing terbesar di wilayah Banten, Indonesia bagi tempoh antara 2023 hingga 2025, dengan merekodkan pelaburan direalisasi bernilai Rp43 trilion atau RM9.81 bilion (Rp1 juta = RM228.10).

Modenas Sasar Mesir Sebagai Hab Eksport Ke Afrika, Timur Tengah Menjelang 2028

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) sedang meneroka peluang menembusi pasaran Mesir menjelang akhir 2027 atau 2028, dengan merancang menjadikan negara itu sebagai hab eksport strategik untuk motosikal keluarannya ke seluruh Afrika dan Timur Tengah.

Belanjawan 2027: Pengecualian Cukai, Insentif Duti Setem Kendurkan Kekangan Pembiayaan Pemilik Kapal

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Lanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan dan kadar duti setem tetap bagi pembiayaan kapal yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka dapat mengurangkan kekangan pembiayaan yang dihadapi pemilik kapal di Malaysia.

Nilai Dagangan Malaysia Dan Uzbekistan Cecah RM430.20 Juta Setakat Jun 2026

KANGAR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan mencecah RM430.20 juta (US$108 juta) bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sekali gus mencerminkan potensi besar untuk memperluas kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Peruntukan RM270 Juta Dalam Belanjawan 2027 Tingkat Akses PKS Kepada Modal Swasta

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM270 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat bersaiz sederhana serta perusahaan sosial mendapatkan modal swasta akan mengurangkan kos pembiayaan serta halangan mendapatkan modal.

Belanjawan 2027 Memajukan Visi Kemakmuran Bersama Menerusi Pelan Tindakan MADANI

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 mencerminkan kemajuan berterusan dalam membina kejayaan Malaysia untuk menaikkan siling ekonomi di samping mengangkat lantai kesejahteraan rakyat bagi memenuhi visi kemakmuran bersama dalam pelan tindakan MADANI.

Belanjawan 2027 Perkukuh Daya Saing Malaysia, Pertumbuhan, Tangani Kos Sara Hidup - Khazanah

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memperkukuh daya saing jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan meletakkan rakyat sebagai tumpuan utama melalui usaha meringankan beban kos sara hidup, meningkatkan gaji dan memperluas peluang.