13jam ago
KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.
13jam ago
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM28 bilion hasil daripada perbincangan perniagaan dan pertemuan dengan syarikat industri China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
SHANGHAI, 23 September (Bernama) -- Sesi perbincangan meja bulat delegasi Malaysia bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di sini hari ini, menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.
8hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Keutamaan Malaysia dalam Belanjawan 2027 bukan lagi sekadar menjana pertumbuhan ekonomi tetapi memastikan kestabilan pertumbuhan dapat dikekalkan dengan menjadikan pengembangan ekonomi lebih produktif, inklusif dan berdaya tahan sepanjang kitaran ekonomi.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd memperluas kapasiti pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia menerusi pembukaan kemudahan baharunya di Zon Perindustrian Bebas Perai, Pulau Pinang.
20hari ago
BUTTERWORTH, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd merancang untuk melabur sejumlah US$30 juta (US$1=RM4.03) bagi membangunkan kemudahan pembuatan pintar di Pulau Pinang dengan pelaburan dilaksanakan dalam dua fasa.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
28hari ago
Oleh Ng Che Yean
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Penyelesaian pengecasan pintar dari China untuk kenderaan elektrik (EV) baharu semakin mendapat tempat di Malaysia memandangkan pasaran EV Malaysia dijangka berkembang pesat dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kalangan pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa menceburi sempadan teknologi maju seterusnya dengan meneroka peluang dalam bidang robot humanoid.
1bulan ago
BATU KAWAN, 21 Ogos (Bernama) – Dasar penyetempatan dasar kenderaan elektrik (EV) Malaysia perlu memperkukuh industri domestik tanpa menyekat persaingan, pilihan pengguna mahupun keyakinan pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Afrika Selatan berpotensi memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dalam sektor berimpak tinggi termasuk automotif, produk elektrik dan elektronik (E&E), pemprosesan hiliran minyak sawit serta teknologi.