BERITA TERKINI   Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | Kerajaan akan pastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada - Menteri MITI | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran tunai meraih keuntungan. 

Pada penutupan, kontrak November 2026 turun lima mata kepada 1,616.0, Disember 2026 kurang 5.5 mata kepada 1,617.0, Mac 2027 susut 7.5 mata kepada 1,599.0, manakala Jun 2027 merosot enam mata kepada 1,599.0.

Jumlah dagangan jatuh kepada 6,748 lot berbanding 7,833 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 44,275 kontrak daripada 44,918 kontrak sebelumnya.  

Ad Banner
Ad Banner

 Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.34 mata atau 0.14 peratus kepada 1,621.85 daripada 1,619.51.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner