Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada sesi awal hari ini.
Pada 9.30 pagi, kontrak bulan semasa Oktober 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,619.5, November 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 8.5 mata kepada 1,621.5 dan 1,610.5 manakala Disember 2026 menokok 7.5 mata kepada 1,624.5.
Jumlah dagangan sebanyak 3,079 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 51,067 kontrak.
Sementara itu, selepas 50 minit dagangan dijalankan, indeks penunjuk utama FBM KLCI naik 4.83 mata kepada 1,618.70 daripada paras penutup 1,613.87, semalam.
-- BERNAMA