BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Menjelang Pembentangan Belanjawan 2027

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis ketika pasaran menunggu pembentangan Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju defisit fiskal negara.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.0845/0895 berbanding dolar AS pada paras 4.0850/0895 ketika ditutup pada Rabu.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mengukuh walaupun dolar AS lebih kukuh selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, yang menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.40 peratus kepada 102.242 mata.

“Ringgit kekal bergerak dalam julat tertentu ketika pasaran menantikan pembentangan Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk mengenai defisit fiskal, khususnya berikutan kejutan harga tenaga yang dijangka memberi kesan kepada sasaran 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2026,” katanya kepada Bernama.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama pada pembukaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ringgit susut sedikit berbanding euro kepada 4.5746/5802 daripada 4.5740/5790 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.5833/5867 daripada 2.5797/5827. Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3968/4035 daripada 5.4049/4108.

Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1913/1954 daripada 3.1919/1957 ketika ditutup pada Rabu, tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 12.1422/1646 daripada 12.1217/1386.

Mata wang tempatan itu tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.51/6.52 dan rupiah Indonesia pada 228.3/228.7.

-- BERNAMA