BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan bekalan getah yang lebih terhad.

Seorang peniaga berkata gangguan berkaitan cuaca menjejaskan bekalan getah di beberapa wilayah pengeluar utama, dengan jerebu di Indonesia, cuaca tidak menentu di Thailand serta kesesakan pelabuhan di Côte d’Ivoire menyebabkan kekurangan bahan mentah dan kelewatan penghantaran.

Ad Banner

“Banjir dan hujan lebat di timur Thailand merosakkan kira-kira 22,636 hektar ladang getah, menjejaskan 7,679 pekebun serta mengganggu aktiviti menoreh,” katanya kepada Bernama.

Sentimen pasaran turut mendapat sokongan daripada harga minyak mentah yang lebih kukuh berikutan kebimbangan baharu mengenai kemungkinan gangguan bekalan, selain prospek permintaan getah asli yang positif.

“Prospek bekalan dan permintaan yang lebih seimbang dalam sektor sarung tangan serta pertumbuhan permintaan yang mampan sekitar 10 peratus menyokong persekitaran pasaran yang lebih baik, sekali gus berpotensi meningkatkan permintaan terhadap getah asli,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, kenaikan harga sebahagiannya dihadkan oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global berikutan peningkatan defisit perdagangan Amerika Syarikat (AS), selain amaran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai harga tenaga yang kekal tinggi dan peningkatan hutang global.

Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 2.5 sen kepada 1,056 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 5.5 sen kepada 764 sen sekilogram.

-- BERNAMA