BERITA TERKINI   Tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan kerajaan untuk AirAsia - Tony Fernades | AirAsia menetapkan sasaran mengumpul dana US$1 bilion, kebanyakannya untuk membiayai semula pinjaman dengan kos tinggi - Tony Fernandes | Agong perkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta - BHEUU | Kenaikan harga bahan api pesawat kurang mencabar berbanding impak pandemik COVID-19 - Tony Fernandes | Malaysia dilantik sebagai anggota Lembaga Gabenor IAEA bagi penggal 2026-2028 - Kementerian Luar | 

Anwar Akan Bincang Dengan Petronas Cadangan Eksplorasi Minyak di Maldives

Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

MALÉ (MALDIVES), 15 Sept (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai cadangan agar syarikat minyak global Malaysia itu meneliti kemungkinan menjalankan eksplorasi minyak di Maldives.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Petronas serta pengalaman luas syarikat itu dalam sektor minyak dan gas di peringkat antarabangsa tenaga di peringkat antarabangsa.

Ad Banner

"Mengenai cadangan supaya Petronas meneliti kemungkinan eksplorasi minyak (di Maldives), saya perlu membincangkan perkara ini dengan Petronas.

“Dan saya yakin dengan kekuatan Petronas pada masa kini di seluruh dunia, dari Kanada hingga ke Turkmenistan dan Sudan, serta Suriname, Peru dan Brazil. Saya berpandangan tidak menjadi masalah besar untuk melebarkan sayap lebih dekat ke sini, iaitu ke Maldives,” kata beliau. 

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama dengan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, di Pejabat Presiden, di sini, hari ini.

Ad Banner

Petronas mempunyai kehadiran antarabangsa merentas pelbagai pasaran minyak dan gas di banyak negara di seluruh dunia yang mencerminkan keupayaan syarikat minyak nasional itu.

Anwar kini berada di Maldives bersempena dengan lawatan rasmi dua hari yang berakhir hari ini. 

-- BERNAMA