BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Pengarah Urusan KPJ Healthcare Letak Jawatan Mulai 1 Sept

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Presiden dan Pengarah Urusan (MD) KPJ Healthcare Bhd, Chin Keat Chyuan, 52, telah meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Sept 2026 untuk mengejar kepentingan lain.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penjagaan kesihatan swasta itu berkata Ketua Pengarah Perubatan Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid akan menyandang peranan pegawai bertanggungjawab mulai 1 Sept 2026, sementara menunggu pelantikan presiden dan MD yang baharu.

Menurut laporan tahunan KPJ 2025, Chin dilantik sebagai presiden dan MD pada 1 Sept 2023.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner