BERITA TERKINI   Formula 1: Tiket MADANI untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses tiga hari acara - PM Anwar | PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | Perbuatan 'sakau’ dalam Tabung Haji memang berlaku - PM Anwar | Kerajaan akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Kukuh Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus disokong minggu depan kerana pasaran terus mengambil kira jangkaan bekalan yang lebih terhad mulai November dan seterusnya.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata peniaga secara agresif mengambil kira jangkaan kekangan bekalan itu ke dalam harga niaga hadapan MSM.

Ad Banner

“Data utama yang perlu diberi perhatian ialah angka eksport dari 1 hingga 20 Ogos dan data pengeluaran Persatuan Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) bagi 1 hingga 20 Ogos,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2026 naik RM1 to RM4,528 satu tan metrik, manakala September 2026 susut RM30 kepada RM4,576 setan dan Oktober 2026 menambah RM33 kepada RM4,710 satu tan.

November 2026 meningkat RM72 kepada RM4,807 setan, Disember 2026 menokok RM94 kepeada RM4,879 satu tan, dan Januari 2027 melonjak RM107 kepada RM4,936 setan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 582,348 lot daripada 484,473 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 327,575 kontrak daripada 112,427 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Ogos Selatan susut RM20 kepada RM4,520 satu tan.

-- BERNAMA