BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

SemiconStart Lambang Fasa Pelaksanaan Agenda Semikonduktor Malaysia - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia memperkukuh ekosistem semikonduktornya telah memasuki peringkat pelaksanaan dengan pelancaran SemiconStart Malaysia, menunjukkan tumpuan kerajaan untuk menterjemahkan perancangan kepada pencapaian yang nyata dalam industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata inisiatif ini menandakan permulaan usaha bersepadu untuk menggalakkan inovasi, pengkomersialan dan pembangunan teknologi.

“Pada tahun lepas, banyak perhatian telah diberikan untuk memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui Strategi Semikonduktor Nasional. Sasaran penting telah diumumkan, sumber telah diperuntukkan dan inisiatif baharu telah diperkenalkan.

Ad Banner

“Ini merupakan langkah perlu, tetapi akhirnya, strategi mesti diterjemahkan kepada tindakan,” katanya dalam ucaptama pada majlis pelancaran SemiconStart Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul.

-- BERNAMA
 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner