BERITA TERKINI   PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | Perbuatan 'sakau’ dalam Tabung Haji memang berlaku - PM Anwar | Kerajaan akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) - PM Anwar | Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah di Rompin awal pagi tadi - Bomba | 

Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Derivatives Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana walaupun pasaran emas COMEX AS mencatatkan kenaikan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2026 susut kepada US$4,016.70 setiap auns troy daripada US$4,049.80, manakala Julai 2026 turun kepada US$4,032.80 setiap auns troy daripada US$4,064.20 ketika ditutup Isnin.

Kontrak Ogos 2026 jatuh kepada US$4,056.20 setiap auns troy daripada US$4,087.00; September 2026 merosot kepada US$4,060.70 setiap auns troy daripada US$4,091.50; manakala Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing menyusut kepada US$4,079.80 setiap auns troy daripada US$4,110.60 sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 15 lot daripada satu lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 79 kontrak daripada 66 kontrak semalam.

Sementara itu, harga emas fizikal berada pada US$4,026.45 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 29 Jun, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner