BERITA TERKINI   RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dipinda oleh Dewan Negara sebelum ini, diluluskan Dewan Rakyat | Kekerapan LRT3 ditetapkan pada 7.5 minit waktu puncak, akan disemak semula berdasarkan trend jumlah penumpang dalam sebulan - Loke | ‘Program Pemandu Sihat dan Selamat’ beri kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan - Loke | Sebanyak RM12.4 juta telah diperuntukkan untuk ‘Program Pemandu Sihat dan Selamat’ - Loke | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah, kebimbangan mengenai tinjauan ekonomi AS susulan data perdagangan yang lebih lemah serta ketidaktentuan yang berterusan menyelubungi proses perdamaian AS-Iran, katanya kepada Bernama.

Ad Banner

Peniaga itu menyatakan sentimen pasaran turut melonjak dipacu oleh aktiviti pembuatan yang bertambah baik di China yang meningkatkan jangkaan terhadap permintaan getah yang lebih kukuh, dasar perbankan China yang menyokong serta unjuran pertumbuhan global yang dinaik taraf oleh Bank of America.

"Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China kembali mencatatkan pengembangan ke paras 50.3 pada Jun manakala PMI komposit meningkat kepada 50.6.

Sementara itu, Bank of America menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya kepada 3.2 peratus bagi 2026 susulan kebimbangan terhadap pasaran tenaga yang kian reda selepas perjanjian damai Iran," tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang hari ini, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat sembilan sen kepada 868 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 4.5 sen kepada 755 sen sekilogram.

-- BERNAMA