BERITA TERKINI   Empat daripada 10 ahli mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 menjelang usia 60 tahun - PM Anwar | Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Silver Ridge Susulan Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini. 

“Dalam hal ini, pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA di atas yang akan dipaparkan di lawan web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat, http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/ ketika membuat keputusan mengenai pelaburan mereka,” kata bursa itu dalam satu pengumuman hari ini. 

Pada masa sama, Silver Ridge, syarikat pemasangan infrastruktur telekomunikasi itu diminta untuk menjawab pertanyaan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan termasuk yang berada di peringkat rundingan/perbincangan. 

Ad Banner

Pertanyaan itu termasuk sama ada terdapat sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang mungkin menjelaskan aktiviti perdagangan itu, dan sama ada Silver Ridge mengetahui penjelasan lain yang mungkin menjelaskan aktiviti perdagangan tersebut, serta sama ada Silver Ridge mematuhi keperluan penyenaraian Bursa Malaysia.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner