BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.

MBSB Investment Bank Bhd memaklumkan dalam Laporan Aliran Dana bahawa bagi minggu berakhir 26 Jun, 2026, peruncit juga kembali melakukan pembelian bersih selepas jualan bersih minggu sebelumnya, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM363.2 juta.

Ini berbeza dengan institusi asing, yang melanjutkan penjualan bersih mereka kepada minggu ketujuh berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM554.7 juta.

Ad Banner

“Institusi asing merupakan penjual bersih setiap hari, minggu lalu, dengan aliran keluar direkodkan pada hari Selasa (-RM176.8 juta), Jumaat (-RM171.5 juta), Khamis (-RM99.5 juta), Rabu (-RM77.4 juta) dan Isnin (-RM29.5 juta),” menurut kenyataan itu.

Tiga sektor utama mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM69.8 juta), teknologi (RM19.9 juta), dan utiliti (RM19.4 juta).

Tiga aliran keluar bersih terbesar dilihat dalam perkhidmatan kewangan (-RM257.7 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM98.9 juta), dan pembinaan (-RM93.5 juta).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Purata jumlah dagangan harian menyaksikan penurunan yang meluas, terdiri daripada peruncit sebanyak -21.2 peratus, institusi tempatan -28.4 peratus, dan institusi asing sebanyak -33.7 peratus.

-- BERNAMA