BERITA TERKINI   153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$130.6 Bilion Setakat 29 Mei 2026

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026. 

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.

Rizab antarabangsa kasar itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$114.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$6.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Ad Banner

Sementara itu, bank pusat itu berkata jumlah asetnya berada pada RM611.38 bilion, merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.24 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.1 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.02 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM29.01 bilion), hartanah dan peralatan (RM4.5 bilion) serta aset lain(RM34.45 bilion).

Jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM611.38 bilion, terdiri daripada modal (RM100 juta), rizab (RM200.65 bilion), mata wang dalam edaran (RM184.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM109.82 bilion), kerajaan persekutuan (RM6.24 bilion) dan lain-lain (RM70.81 bilion), kertas BNM (RM8.7 bilion), peruntukan SDR (RM26.37 bilion) dan liabiliti lain (RM4.46 bilion).

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner