BERITA TERKINI   Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | Sehingga 18 Jun lepas, pembiayaan lebih RM700 juta telah diluluskan kepada lebih 1,000 PKS - Akmal Nasrullah | Jumlah tenaga buruh meningkat 17.33 juta orang setakat April 2026, kehilangan pekerjaan turun 6,197 orang setakat 22 Jun - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata permintaan eksport yang lemah kebelakangan ini turut menjejaskan sentimen pasaran.

Ad Banner

Beliau berkata eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 31 Mei dianggarkan oleh Intertek Testing Services sebanyak 1.28 juta tan, turun 8.81 peratus manakala AmSpec menganggarkannya sebanyak 1.14 juta tan, berkurangan 15.45 peratus daripada anggaran eksport masing-masing bagi tempoh 1 hingga 30 April.

“Kami menjangkakan paras sokongan pada RM4,480 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,750 setiap tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 susut RM39 kepada RM4,492 setiap tan, kontrak Julai 2026 melemah RM40 kepada RM4,526 setiap tan, kontrak Ogos 2026 merosot RM47 kepada RM4,554 setiap tan, kontrak September 2026 turun RM45 kepada RM4,584 setiap tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, kontrak Oktober 2026 berkurangan RM41 kepada RM4,616 setiap tan manakala kontrak November 2026 mengecil RM39 kepada RM4,647 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 98,296 lot daripada 95,888 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 293,957 kontrak daripada 298,582 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga MSM fizikal untuk Jun Selatan melemah sebanyak RM30 kepada RM4,520 setiap tan.

-- BERNAMA