2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan lalu
ALOR GAJAH, 6 Julai (Bernama) -- Projek Melaka Inland Port (MIP) bernilai RM300 juta dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pengukuhan sektor logistik dan perdagangan, selain menyokong aspirasi kerajaan negeri mencapai sasaran nilai pelaburan RM10 bilion menjelang 2030.
2bulan lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pengurusan kewangan digital boleh menjadi penggerak penting agenda keselamatan makanan Malaysia dengan memperkukuh daya tahan kewangan pesawah padi, menyokong peningkatan produktiviti dan memastikan pengeluaran beras domestik yang lebih mampan.
2bulan lalu
PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- CIMB Treasury and Markets Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 2.75 peratus Khamis ini berikutan penurunan harga minyak dunia telah mengurangkan risiko inflasi.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia kepada minggu ke-12 berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM474.6 juta minggu lepas.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Laos menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta mempererat perkongsian serantau dengan memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan ketersambungan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
2bulan lalu
SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- Sektor pertanian di daerah Seremban terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila merekodkan nilai pengeluaran sebanyak RM45 juta dengan jumlah pengeluaran mencecah 14,671.27 tan sepanjang tahun lepas.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Bantuan kerajaan sebanyak RM15,000 yang disalurkan kepada pekebun kecil sawit di Batu Pahat, Johor berjaya menghasilkan pulangan kasar hampir RM126,000 dalam tempoh kurang tiga tahun melalui projek Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) melibatkan penternakan itik penelur.
2bulan lalu
KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank menerima permohonan pembiayaan melebihi RM8 juta menerusi siri sesi libat urus bersama penjaja dan usahawan mikro setakat ini, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap pendekatan turun padang bank itu dalam memperluas akses kewangan kepada peniaga kecil.