Ekonomi

Pelaburan Keseluruhan Terengganu Suku Pertama 2026 Berjumlah RM399.8 Juta 

KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Terengganu merekodkan pelaburan keseluruhan bernilai RM399.8 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Mantan Ketua Pengarah MIDA Sadasivan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Mantan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk N Sadasivan Pillay, meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun selepas mengalami sakit bagi tempoh singkat.

Malaysia Antara 'Fabulous Five' Bakal Pacu Kitaran Pertumbuhan Asia - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.

Perdagangan Halal Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah Lebih US$29 Bilion Pada 2026

JAKARTA, 12 Julai (Bernama) -- Perdagangan dua hala Malaysia-Indonesia dijangka meningkat 10 peratus kepada US$29.3 bilion (US$1 = RM4.07) pada tahun ini, disokong oleh kerjasama yang semakin meningkat dalam sektor halal selain akses pasaran lebih meluas antara kedua-dua negara.

Malaysia Airlines Umum Pembatalan Tambahan Penerbangan Akibat Taufan Bavi

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines pada Sabtu mengumumkan pembatalan tambahan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur-Shanghai pada 11 hingga 12 Julai 2026 berikutan cuaca buruk akibat Taufan Bavi.

Sarawak Tubuh Zon Ekonomi Sibu, Peruntuk RM1.5 Bilion Bagi Pacu Transformasi -- Abang Johari

SIBU, 11 Julai (Bernama) -- Sarawak akan mewujudkan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menyelaras pembangunan ekonomi Sibu secara lebih menyeluruh dan bersepadu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sektor Kreatif Indonesia Manfaatkan AI, Buka Peluang Kerjasama Dengan Selangor

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BANDUNG, 11 Julai (Bernama) – Sesi lawatan ke industri kreatif menerusi program Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)@ASEAN, menyerlahkan lagi kepentingan kecerdasan buatan (AI) yang terus menyokong infrastruktur kehidupan seharian, selain membolehkan Selangor dan Indonesia meneroka peluang kerjasama dan penggunaan teknologi itu.

Piala Dunia : MAS Meriahkan Cabaran Tular Tukar Logo Syarikat Penerbangan Norway-England

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Malaysia Airlines (MAS) tidak terkecuali daripada bahang demam Piala Dunia FIFA 2026 apabila turut menyertai reaksi tular di media sosial membabitkan persaingan syarikat penerbangan antara Norwegian Air dan British Airways.

Unit Advancecon Peroleh Projek Taps Pusat Data Bernilai RM121.66 Juta Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holding Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh subkontrak bagi kemudahan takungan air pinggiran sungai (TAPS) pusat data di Port Dickson, Negeri Sembilan, bernilai RM121.66 juta.

Program Penyumberan Global Jana Jualan Eksport RM325.9 Juta Untuk Firma Aeroangkasa Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Program Penyumberan Global (GSP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menjana jualan eksport sebanyak RM325.95 juta untuk syarikat aeroangkasa Malaysia.

Vietjet Perkenal Vietnam Halal Connect Sokong Pelancongan Muslim

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Vietjet memperkenalkan “Vietnam Halal Connect”, inisiatif untuk memupuk kerjasama lebih erat antara syarikat penerbangan, lapangan terbang, perniagaan pelancongan, badan pensijilan halal dan rakan teknologi dalam menyokong pelancongan Muslim ke Vietnam.

Lianson Fleet Peroleh Dua Kapal Bernilai RM213.2 Juta Bagi Perkasa Armada Pengangkutan Marin

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Lianson Fleet Group Bhd (LFG) memperoleh dua kapal bernilai RM213.2 juta secara tunai sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutannya melangkaui perniagaan kapal sokongan luar pesisirnya.