2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kempen pertama ‘MASB Belanja & Menang’ berjaya mencatatkan hampir 1.9 juta transaksi di 14 lapangan terbang domestik sepanjang tempoh penganjuran pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2025, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 2026 yang akan memperkukuh asas perundangan dana itu dengan memastikan aliran masuk lebih konsisten, pengeluaran lebih berdisiplin serta tadbir urus dan akauntabiliti yang lebih jelas.
2bulan lalu
GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka meningkat pada 2026, disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan prospek pekerjaan yang stabil, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.
2bulan lalu
KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery merupakan satu penipuan terancang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jumlah pemegang akaun ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang aktif meningkat kepada lapan juta bagi suku pertama 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).