BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 | Lebih 7,000 aduan deepfake diterima MCMC setakat 15 Jun lepas - Teo Nie Ching | MPOB berjaya komersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion buktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri - Noraini | Hampir semua negeri terima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai, kecuali Selangor dan Pulau Pinang - PM Anwar | Isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang merupakan keputusan kerajaan negeri masing-masing - PM Anwar | 

Ekonomi

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.