10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September, 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM20.271 bilion bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang melibatkan 3.65 juta kes pembayar cukai telah dilunaskan sehingga 31 Oktober 2026.
10hari lalu
PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM250 juta bagi memperkukuh pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan, termasuk pembinaan terminal bas baharu di Stesen ECRL Kota Bharu dan kerja-kerja awalan bagi cadangan pemanjangan jajaran ke Rantau Panjang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan bekerjasama dengan persatuan perniagaan tempatan dan badan piawaian Palestin bagi memperkukuh hubungan institusi serta memudah cara jalinan perniagaan antara Malaysia dengan Palestin.
10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Kertas Strategi bagi memajukan penggunaan kontrak syariah untuk ekonomi yang lebih produktif dan inklusif, sejajar dengan objektif syariah.
10hari lalu
IPOH, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Global Vision Lab Sdn. Bhd (GVL) dalam proses membangunkan pusat data kecerdasan buatan (AI) berskala besar dengan kuasa berkapasiti melebihi 100 megawatt (MW) di Perak.
10hari lalu
KUALA TERENGGANU, 3 Nov (Bernama) -- Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Trg Inc) sedang mencari rakan strategik bagi membangunkan semula taman tema air di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
10hari lalu
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan pembiayaan berjumlah RM101.43 juta kepada 186 perusahaan bumiputera di Johor, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Junady Nawawi.
10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan bantuan luar negaranya untuk menyokong usaha Malaysia menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) Amerika menerusi inisiatif baharu, US-ASEAN AI SPARK.
10hari lalu
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Inisiatif pemerkasaan industri ternakan kelah bernilai tinggi di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) terbukti berkesan dalam merintis rantaian ekosistem akuakultur air tawar negara yang mampan, berdaya saing serta menawarkan potensi pendapatan lumayan.
10hari lalu
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang dijadualkan ditandatangani November ini bakal membuka peluang luas kepada syarikat Malaysia untuk memasarkan dan mengeksport produk mereka ke pasaran ASEAN yang mempunyai 690 juta penduduk.
10hari lalu
GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.