BERITA TERKINI   Anthony Loke kekal dengan pendirian meletak jawatan Menteri Pengangkutan | PRN Melaka: Permohonan undi pos dibuka mulai hari ini, semua permohonan dibuat secara dalam talian - SPR | Aichi-Nagoya 2026: Atlet karate C.Shahmalarani sumbang emas ketiga negara dalam acara kumite bawah 50kg wanita | 

Ekonomi

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.