Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "matrade"

Perdagangan Halal Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah Lebih US$29 Bilion Pada 2026

JAKARTA, 12 Julai (Bernama) -- Perdagangan dua hala Malaysia-Indonesia dijangka meningkat 10 peratus kepada US$29.3 bilion (US$1 = RM4.07) pada tahun ini, disokong oleh kerjasama yang semakin meningkat dalam sektor halal selain akses pasaran lebih meluas antara kedua-dua negara.

Program Penyumberan Global Jana Jualan Eksport RM325.9 Juta Untuk Firma Aeroangkasa Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Program Penyumberan Global (GSP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menjana jualan eksport sebanyak RM325.95 juta untuk syarikat aeroangkasa Malaysia.

MATRADE Pelawa Syarikat Tempatan Sertai Program Padanan Perniagaan MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.

Malaysia Perkukuh Hubungan Dagang Penjagaan Kesihatan Dengan Thailand Di WHX Bangkok 2026

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia memperkukuh hubungan ekonomi dengan Thailand melalui penyertaan dalam Ekspo Kesihatan Dunia (WHX) Bangkok 2026, menyasar untuk memperluas kerjasama dua hala dalam sektor penjagaan kesihatan dan sains hayat.

Pengeksport Malaysia Catat Potensi Perdagangan RM160 Juta Di Ekspo Import Korea 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Delegasi Malaysia telah memperoleh prospek eksport sebanyak RM160 juta di Ekspo Import Korea (KIE) 2026 yang baru sahaja berakhir, mengatasi sasaran awal sebanyak RM120 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

MATRADE–CAIQ Biosecurity Jalin Kerjasama MCGi, Pacu Eksport PMKS Ke China

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan CAIQ Biosecurity Sdn Bhd di bawah Malaysia-China Gateway Initiative (MCGi) bagi memperkukuh sokongan pematuhan teknikal dan meningkatkan kesiapsiagaan pasaran dalam kalangan pengeksport Malaysia yang menyasarkan pasaran China.

Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Korea Selatan Menerusi Delegasi Terbesar KIE

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan kehadirannya di pasaran Korea Selatan dengan penyertaan terbesarnya di Ekspo Import Korea (KIE) 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ledakan AI, Permintaan Tenaga Pacu Lonjakan Perdagangan Malaysia Pada Jan-Mei 2026

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Permintaan global yang kukuh terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan produk tenaga terus menyokong pertumbuhan perdagangan Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2026, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).