Telco, Platform Digital Mungkin Termasuk Dalam Rangka Kerja Pampasan Penipuan Digital Pada Masa Depan - BNM
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta platform digital, yang memainkan peranan penting dalam ekosistem digital, mungkin dimasukkan dalam rangka kerja pampasan mangsa penipuan digital di samping bank-bank dan institusi kewangan.