1hari ago
GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal positif, disokong kemasukan pelaburan asing dan domestik, serta permintaan berterusan dalam sektor kecerdasan buatan (AI), pusat data dan semikonduktor.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pemuktamadan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA), yang dilihat sebagai platform untuk memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 May (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.6 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan permintaan domestik kekal menjadi tunjang kepada pengembangan itu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia berpotensi muncul sebagai hab rantaian bekalan pilihan bagi firma-firma global sekiranya ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS)-China tidak reda selepas berakhirnya rundingan membabitkan pemimpin kedua-dua negara itu hari ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil kira aspek potensi senario akibat konflik Asia Barat ketika melakukan unjuran pertumbuhan dan inflasi 2026, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- China bersedia untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Malaysia dalam inovasi saintifik dan teknologi, ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI), sambil memperkukuh penyelidikan bersama, pertukaran tenaga kerja dan kerjasama perindustrian.
5hari ago
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
NEW DELHI (India), 14 Mei (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan India merentasi beberapa sektor berpotensi tinggi, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu, pembangunan sumber manusia dan pelancongan, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa.
6hari ago
SUBANG JAYA, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengalami perubahan penting dalam order global, yang memerlukan peralihan daripada usaha tradisional untuk mencapai kecekapan ekonomi kepada langkah mengutamakan daya tahan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
6hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN menganggap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa membabitkan sektor penerbangan sebagai peluang bagi menyemarakkan kerjasama serantau selain mempercepat pembaharuan yang lama tertangguh.
7hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Sektor hartanah perlu menyokong matlamat ekonomi dan pembinaan negara secara keseluruhan, bukan hanya menumpukan kepada pembangunan perumahan yang didorong keuntungan semata-mata, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.