Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Sekitar RM4,200-RM4,300 Minggu Depan
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 disebabkan oleh jangkaan aktiviti pengambilan untung akan berlaku serta petunjuk penawaran dan permintaan yang bercampur-campur, kata seorang pedagang industri.