BERITA TERKINI   Kerajaan wajibkan fasiliti kitar semula di semua pusat membeli-belah mulai bulan ini - KPKT | 

Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " eksport"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Mandat Biodiesel B15 Kurangkan Kebergantungan Pada Pasaran Eksport

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Langkah meningkatkan mandat biodiesel daripada 10 peratus kepada 15 peratus akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pasaran eksport, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengeluaran Minyak Mentah, Kondensat Susut 5.5 Peratus Kepada 43 Juta Tong -- DOSM

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

Harga Minyak Soya Lemah Asak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) susut pada akhir dagangan hari ini, diasak oleh kelemahan harga minyak kacang soya dan penurunan prestasi eksport.

Malaysia Terus Ungguli Dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global Bagi Tahun Ke-12

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia meraih kedudukan tertinggi dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global, memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam ekonomi halal dunia, menurut Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) 2025/2026.

Konsep Kopitiam Malaysia Mampu Jadi Produk Eksport Global Seterusnya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Jun  (Bernama) -- Konsep kopitiam Malaysia berpotensi muncul sebagai identiti yang boleh dieksport bagi memperkukuh penjenamaan pelancongan, keusahawanan makanan dan pengaruh budaya di luar negara, menurut veteran kulinari Cef Rossham Rosli.

AMRO Semak Semula Unjuran Inflasi ASEAN+3 Kepada 1.8 Peratus Pada 2026

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 2 Jun (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak semula unjuran inflasi bagi rantau ASEAN+3 kepada 1.8 peratus daripada 1.4 peratus pada 2026 dan mengekalkan anggaran pertumbuhan pada kadar 4.0 peratus.

Konflik Asia Barat Kurang Jejaskan Harga Komoditi Makanan Global - Bank Dunia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan impak konflik Asia Barat terhadap harga komoditi makanan global pada 2026 dan 2027 adalah kecil berbanding tahap awal konflik Rusia-Ukraine, bersandarkan andaian bahawa asas gangguan bekalan di Asia Barat akan mereda menjelang pertengahan tahun ini.

Bank Dunia Unjur Purata Harga Minyak Mentah Brent Sekitar US$86 Pada 2026

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia mengunjurkan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat sebelum kembali mereda dengan mencatatkan purata US$86 (US$1 = RM3.96) setong pada 2026 dan US$70 setong pada 2027.

Permintaan Kargo Udara Naik 4.0 Peratus Pada April - IATA

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --  Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur dalam tan-kilometer kargo, meningkat sebanyak 4.0 peratus pada April 2026 berbanding paras pada April 2025 (4.0 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan ketara harga minyak mentah dan prospek pengeluaran minyak sawit Malaysia yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Indeks Nilai Seunit Eksport Malaysia Naik 2.5 Peratus Pada April 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia pada April 2026 meningkat 2.5 peratus bulan ke bulan kepada 159.2 mata daripada 155.3 mata pada Mac 2026, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam indeks bahan api mineral, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).