BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Buriram United 1-2 JDT | Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 285 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi"

Ekonomi Malaysia Dijangka Baik Berbanding Unjuran Semasa - Timbalan Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia masih berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik berbanding unjuran semasa bergantung kepada tempoh konflik Asia Barat, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.

MAG Pertimbang Guna Dana Khazanah Pada 2026 Bagi Sokong Pengembangan Kumpulan Pesawat

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara  aliran tunai operasi.

MAG Catat Untung Bersih Tinggi RM137 Juta Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysia Aviation Group (MAG) melonjak kepada RM137 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM54 juta pada 2024. 

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Asia Vision Capital Menilai Projek Richmond Mayor Di Mount Austin, Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Firma modal teroka Asia Vision Capital Sdn Bhd, yang memberi tumpuan kepada penstrukturan dan pengurusan pelaburan ekuiti persendirian hartanah, sedang menilai projek hartanah di Mount Austin, Johor Bahru yang dikenali sebagai Richmond Mayor.

Johor Sedia Kekal Peneraju FDI, Perkukuh Rangka Kerja JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 1 April (Bernama) -- Johor komited mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama negara dan terus berada di barisan hadapan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), yang mencatat RM110.1 bilion pada 2025, tertinggi di kalangan semua negeri.

Kos Naik, Permintaan Suram Jadikan Sektor Pembuatan ASEAN Menyederhana Pada Mac

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sektor pembuatan ASEAN mencatat penyederhanaan ketara dari segi penunjuk permintaan pada Mac 2026 susulan peningkatan kos input dan caj output, sekali gus menjadikan prestasi terendahnya dalam tempoh enam bulan, menurut S&P Global.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter perbankan.

Program AUM Agrobank Bantu Lebih Banyak Syarikat Tingkatkan Jualan

SUNGAI PETANI, 1 April ( Bernama) -- Usaha yang dilaksanakan Agrobank dalam membantu usahawan di negara ini mengembangkan perniagaan mereka membuahkan hasil apabila lebih banyak syarikat yang berjaya meningkatkan jualan masing-masing pada tahun lepas.

Anwar: Prestasi Ekonomi 2025 Bukti Dasar Kerajaan Berkesan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Harga Minyak Mentah, Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.