Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " nadir bumi"

Pelaburan Khazanah Bersama China Bagi Unsur Nadir Bumi Perlu Dipercepatkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama-sama China dalam pembangunan unsur nadir bumi (REE) dipercepatkan untuk memanfaatkan potensi dalam sektor strategik itu.

Malaysia Komited Perkukuh Perdagangan Intra-ASEAN Melalui Sistem Pembayaran Serantau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian REE Antara Malaysia Dan AS Pacu Revolusi Teknologi Tinggi Untuk Pertingkat Rantaian Nilai

PUTRAJAYA, 2 Nov (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dalam mineral kritikal membuka pintu kepada kemasukan pelaburan dan teknologi AS yang baharu serta pembangunan keupayaan unsur nadir bumi (REE) hiliran daripada pengekstrakan dan pemisahan kepada pembuatan termaju.

Trump Umum Perjanjian Perdagangan Dengan China Termasuk Kemungkinan Pembelian Tenaga

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih dari empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas: Malaysia Perlu Pelaburan, Perdagangan Dari AS, Kata PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.

Perjanjian ART: Malaysia Kekal Dasar Larang Eksport Unsur Nadir Bumi Mentah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport unsur nadir bumi mentah (REE) bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Buka Peluang Pelaburan Nadir Bumi Di Perak - Saarani

GOPENG, 27 Okt (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia berpotensi membuka laluan kepada kemasukan pelaburan baharu ke Perak, khususnya dalam sektor Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).

Negara Anggota ASEAN Meneroka Kerjasama Serantau Dalam Unsur Nadir Bumi - Tengku Zafrul

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- ASEAN sedang mengambil langkah meneroka kerjasama serantau mengenai unsur nadir bumi (REE), dengan negara-negara anggota meneliti kaedah untuk blok Asia Tenggara dapat memanfaatkan sumber semula jadinya secara kolektif.

Malaysia Terbuka Jalin Usahasama Pembangunan Nadir Bumi Dengan Syarikat Asing - Tengku Zafrul

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan syarikat asing untuk menjalin usaha sama dengan syarikat tempatan bagi pembangunan mineral nadir bumi (REE) di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.