18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.
25hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
25hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
26hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.
29hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 yang dijadualkan esok.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.