8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) memeterai kerjasama strategik dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi memajukan agenda teknologi mendalam (deep-tech) Malaysia serta mempercepat pengkomersialan serantau.
8hari ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Institusi koperasi di Malaysia setakat ini dilihat kekal stabil dan tidak terjejas secara serius meskipun berdepan tekanan krisis bekalan global yang turut memberi kesan kepada sektor ekonomi negara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik minat syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer, untuk meneroka peluang di Malaysia, termasuk menubuhkan operasi pemasangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
9hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau termasuk dolar AS berikutan minat risiko yang semakin baik, disokong oleh keyakinan yang semakin tinggi bahawa laluan melalui Selat Hormuz adalah selamat.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang meningkat kepada 51.6 pada April 2026, memberi isyarat prospek jangka pendek yang kukuh didorong terutamanya oleh stok simpanan untuk langkah berjaga-jaga dan bukannya permintaan akhir yang kuat.
9hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari susulan pembelian merentas sektor, mencerminkan sentimen yang semakin baik dalam pasaran tempatan, kata penganalisis.
9hari ago
KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Industri lada negara menunjukkan perkembangan positif apabila menyumbang sekitar RM2.27 bilion tahun lepas, berbanding RM2.24 bilion pada 2024, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
9hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam sektor maritim.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan pelan ASB Smart Education, sekali gus menjadi institusi kewangan pertama dalam kalangan ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berfokuskan pendidikan.
9hari ago
KUCHING, 4 Mei (Bernama) -- Sektor agrikomoditi negara kini memasuki fasa transformasi kritikal dengan peralihan ke arah penggunaan teknologi moden, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
9hari ago
ISKANDAR PUTERI, 4 Mei (Bernama) -- Keyakinan pelabur terhadap Johor kekal kukuh meskipun negara sedang berdepan cabaran besar dengan krisis bekalan global, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama Mei, dengan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual berlangsung minggu ini, perkembangan konflik AS-Iran dan data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan dijangka menjadi penentu hala tuju pasaran.