BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Mingu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil disebabkan pelabur menilai perkembangan di Asia Barat, pengumuman data ekonomi utama dari Amerika Syarikat (AS) dan China dan hala tuju aliran dana asing.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata firma itu menjangkakan indeks penanda aras akan diniagakan dalam julat 1,690–1,710 untuk minggu depan.

Ad Banner

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI diniagakan kebanyakannya lebih tinggi seiring dengan pasaran tunai.

Pada asas mingguan, kontrak Jun 2026 dan Disember 2026 meningkat 8.5 mata masing-masing kepada 1,688.5 dan 1,673.0, manakala kontrak September 2026 naik sembilan mata lebih kepada 1,671.0 dan kontrak Disember 2026 pada 1,691.0.

Sementara itu, jumlah dagangan susut kepada 38,150 lot daripada 188,830 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 32,257 kontrak daripada 53,784 kontrak sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 10.36 mata kepada 1,693.43 daripada 1,683.07 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA