BERITA TERKINI   PRN Johor: Arthur Chiong Sen Sern diumum calon PH bagi pertahan DUN Bukit Batu - Saifudin Nasution | Pelancaran Strategi Pembudayaan Integriti Nasional asas pembangunan negara mampan - PM Anwar | Komuniti Rukun Tetangga platform penting pupuk perpaduan di peringkat akar umbi - PM Anwar | RM5 juta akan disediakan dalam Belanjawan 2027 untuk hidupkan 10 memorial negarawan di seluruh negara - PM Anwar | 

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat- ASEAN

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian McFeeters serta delegasi bersempena dengan Misi Perniagaan Malaysia 2026.

Menerusi catatan di laman X, Anwar berkata pertemuan itu membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi memperkukuh pelaburan dan kerjasama strategik merentas pelbagai sektor antara Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN, khususnya Malaysia.

"Saya tegaskan bahawa Malaysia terus mempertingkat daya saing negara melalui kerangka ekonomi yang jelas seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang lebih bersasar dan berasaskan hasil," kata beliau.

Ad Banner
Ad Banner

Anwar berkata usaha itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kemampanan, daya tahan ekonomi dan penaiktarafan industri negara, di samping memastikan pelaburan berkualiti terus memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira 22 firma dari AS menyertai misi pelaburan di Malaysia bagi meninjau peluang pelaburan merentas pelbagai sektor dan menjadi usaha memperkukuh perniagaan dengan ASEAN yang berpotensi muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang akhir dekad ini.

McFeeters dilaporkan berkata delegasi beliau terdiri daripada firma merangkumi kecerdasan buatan (AI), tenaga, perkhidmatan kewangan dan insurans.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA