BERITA TERKINI   PRN Johor: Arthur Chiong Sen Sern diumum calon PH bagi pertahan DUN Bukit Batu - Saifudin Nasution | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat dalam sesi dagangan awal Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu yang menjejaki kenaikan di pasaran tunai.

Pada jam 9.46 pagi ini, kontrak bulan semasa Mei 2026 menokok 14.0 mata kepada 1,761.5, Jun 2026 naik 13.5 mata kepada 1,760.5, September 2026 meraih 15.0 mata kepada 1,744.0 dan Disember 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,739.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,131 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,799 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks utama FBM KLCI meningkat sebanyak 6.05 mata kepada 1,753.48 selepas 60 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Selasa pada paras 1,747.43.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner