BERITA TERKINI   PRN Johor: Arthur Chiong Sen Sern diumum calon PH bagi pertahan DUN Bukit Batu - Saifudin Nasution | Pelancaran Strategi Pembudayaan Integriti Nasional asas pembangunan negara mampan - PM Anwar | Komuniti Rukun Tetangga platform penting pupuk perpaduan di peringkat akar umbi - PM Anwar | RM5 juta akan disediakan dalam Belanjawan 2027 untuk hidupkan 10 memorial negarawan di seluruh negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.

Kontrak Mei 2026, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,747.5, 1,729.0 dan 1,733.5 manakala kontrak Jun 2026 naik empat mata kepada 1,747.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,294 lot daripada 9,260 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 38,479 kontrak daripada 39,171 kontrak sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.66 mata atau 0.44 peratus untuk ditutup pada 1,747.43 daripada 1,739.77 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA



 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner